Austria sudah lama sedia berdepan Perancis

Iklan
Rangnick

AUSTRIA menjanjikan aksi berkualiti apabila berdepan penyerang lincah Perancis, Kylian Mbappe, yang masih belum menjaringkan gol dalam Kejuaraan Euro selepas penyingkiran mengejut kepada Switzerland pada pusingan kedua edisi 2020 menerusi penentuan penalti.

Malah pengendali Burschen, dari Jerman, Ralf Dietrich Rangnick yakin skuad kendaliannya sudah sepenuhnya bersedia sepenuhnya menjelang pertembungan Kumpulan D di Duusseldorf Arena itu.

Iklan
Iklan

"Mbappe adalah antara pemain terhebat dunia, tetapi bersama Perancis dia hanya seorang dalam kalangan 11 pemain.

"Saya percaya dengan gaya permainan Austria, kami mampu menentangnya dan seluruh pasukan Perancis, kami perlu memastikan dia tidak menerima banyak bola.

Iklan

"Saya tahu berdasarkan kekuatan semasa pasukan kami berkemampuan memenangi perlawanan ini," kata Rangnick yang juga bekas pengendali sementara Manchester United sebelum ini.

Tambah Rangnick yang pernah berkhidmat bersama beberapa kelab besar seperti Schalke 04, TSG Hoffenheim, Schalke 04 dan RB Leipzig, keyakinan Austria juga pada tahap tinggi untuk berdepan juara dua kali Les Bleus antara pasukan nama besar kumpulan selain Belanda dan Poland.

Iklan

"Perlawanan menentang Perancis, kita yakin dengan kekuatan sendiri.

"Kami bersedia selama lebih dua tahun untuk perlawanan ini. Kami benar-benar teruja. Ada kegembiraan melebihi segala-galanya," kata Rangnick.

Sementara itu, pemain tengah serba boleh Konrad Laimer senada pandangan Rangnick bahawa Perancis boleh dikalahkan jika Austria berpegang kepada permainan sendiri.

"Kami tahu jika kami boleh melakukannya, kami boleh menyakiti mana-mana pasukan, kami boleh membuat mana-mana lawan menderita...

"Adalah sangat penting apabila anda bermain menentang pasukan seperti Perancis, anda perlu menyingkirkan bintang hebat selain kekal tenang dan mengawal penguasaan bola untuk menjadi berbahaya,” kata Laimer yang berkhidmat untuk kelab Bundesliga Jerman, Bayern Munich.

Selepas berdepan Perancis, Austria akan berdepan Poland Olympiastadion Berlin pada 22 Jun sebelum menentang Belanda di venue sama 26 Jun.

Sebagai rekod, Belanda membuka gelanggang dengan kemenangan 2-1 ke atas Poland dalam perlawanan pembukaan sebelum ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!