Tentera Israel serang Tebing Barat pada hari kedua Aidiladha

Iklan
Tentera Israel menyerang beberapa kawasan di seluruh Tebing Barat yang diduduki dan menyerbu rumah-rumah penduduk Palestin pada Isnin. Foto AFP

RAMALLAH (Palestin) - Tentera Israel menyerang beberapa kawasan di seluruh Tebing Barat yang diduduki dan menyerbu rumah-rumah penduduk Palestin pada Isnin, hari kedua perayaan Aidiladha, kata saksi.

Saksi memberitahu Anadolu tentera Israel menyerang Bandar Qalqilya, menyerbu rumah-rumah dan merosakkan harta benda mereka, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Sekurang-kurangnya seorang wanita Palestin, dikenali sebagai Donia Dawood, telah ditahan sebelum pasukan itu berundur.

Pasukan Israel juga menyerbu kem pelarian Aqbat Jabr di Bandar Jericho, menggeledah beberapa rumah dan menyoal siasat penduduk dengan kasar.

Iklan

Tentera Israel kerap menjalankan serbuan di Tebing Barat sejak beberapa tahun lepas dan semakin meningkat dengan bermulanya serangan ke atas Gaza pada bulan Oktober lepas.

Penduduk Palestin juga menghadapi serangan ganas daripada peneroka haram. - Bernama-Anadolu

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!