'Terpaksa jual Samad selepas hidapi kanser'

Iklan
Video memaparkan detik-detik terakhir Mohamad Asri meluangkan masa bersama lembu kesayangannya, Samad.

SHAH ALAM - Seorang petani tidak dapat menahan kesedihan kerana terpaksa melepaskan lembu kesayangannya untuk dijadikan korban sempena Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.

Mohamad Asri Adnan, 55, berkata, dia terpaksa menjual lembu yang diberi nama Samad itu selepas dirinya disahkan menghidapi penyakit kanser limfoma.

Iklan
Iklan

"Saya dapat tahu saya ada kanser pada bulan Ramadan yang lalu, orang kata badan akan menjadi sedikit penat selepas rawatan kemoterapi. Jadi saya ambil keputusan untuk jual Samad kerana khuatir ia akan terabai, maklumlah lembu ini besar kena bagi makan banyak iaitu 30 kilogram (kg) hingga 40kg rumput sehari.

Video yang dikongsi menerusi TikTok budax kampung memaparkan detik-detik terakhir Mohamad Asri meluangkan masa bersama Samad.

Iklan

Kelihatan Mohamad Asri seolah-olah bercakap dengan Samad yang berada di atas lori sebelum dibawa pergi.

Tambah petani dari kedah itu, dia memelihara Samad sudah lebih setahun dan ia seekor lembu yang sangat manja.

Iklan

Ujar Mohamad Asri, Samad sering bergurau dengannya setiap kali mereka meluangkan masa bersama.

"Saya ada tiga lembu tetapi Samad sangat istimewa, dia suka bergurau kadang-kadang acah-acah mahu menanduk, jilat badan saya ketika berpeluh dan banyak lagi peristiwa yang tidak dapat dilupakan.

"Bila waktu petang Samad keluar saya hanya panggil namanya dan ia akan terus berlari mendapatkan saya. Sekarang sudah tiada... hanya kenangan, mungkin ini yang terbaik," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!