EURO 2024: Perancis bernasib baik, Austria berjuang hingga tamat

Iklan
Pemain Perancis Kylian Mbappe terduduk di padang ketika pengadil memegang kad kuning semasa perlawanan kumpulan D menentang Austria dalam kejohanan Euro 2024. - Foto: AP

ANTARA pasukan pilihan juara Euro 2024, Perancis sekadar meraih kemenangan tipis pada perlawanan pertamanya menentang Austria di Stadium Frankfurt, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Didier Deschamps bernasib baik berjaya mencuri tiga mata penuh meskipun menerima ancaman besar daripada lawannya itu yang tidak putus mengatur serangan balas.

Iklan
Iklan

Hanya satu jaringan sahaja dapat dihasilkan oleh juara Piala Dunia 2018 itu menerusi tampanan pertahanan Austria sendiri, hasil daripada pemain utama, Kylian Mbappe pada separuh masa pertama.

Anak buah Ralf Rangnick mempengaruhi permainan apabila sentiasa memberikan masalah buat barisan pertahanan Perancis, namun penjaga gol AC Milan, Mike Maingan, kental menyelamatkan maruah pasukannya.

Iklan

Sebanyak tujuh layangan kad kuning dikeluarkan oleh pengadil dari Sepanyol, Jesus Gil Manzano, dalam aksi panas tersebut. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan