Kencing tikus, Lata Bayu ditutup sementara

Iklan
Taman Eko Rimba Lata Bayu, di Baling ditutup sementara selepas dua pengunjung disyaki dijangkiti penyakit kencing tikus.

BALING - Taman Eko Rimba Lata Bayu, di sini, ditutup sementara selepas dua pengunjung disyaki dijangkiti penyakit kencing tikus selepas berkunjung ke pusat peranginan itu.

Pegawai Daerah Baling, Yazlan Sunardie Che Yahaya berkata, kes jangkitan melibatkan dua mangsa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di Kedah itu dilaporkan Pejabat Kesihatan Daerah Baling.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, beliau memaklumkan, Jabatan Perhutanan Kedah mengeluarkan arahan penutupan sementara bagi siasatan kes dan aktiviti pencegahan seterusnya.

"Terdapat kes leptospirosis (kencing tikus) yang mempunyai sejarah mandi di Lata Bayu dilaporkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Baling.

Iklan

Susulan itu, Lata Bayu akan ditutup sementara demi menjaga kesihatan dan keselamatan orang awam yang berkunjung ke kawasan rekreasi ini," katanya pada Selasa.

Yazlan Sunardie berkata, pengunjung yang telah mandi di Lata Bayu dan mempunyai tanda-tanda seperti demam, sakit badan, sakit kepala, muntah, cirit-birit, sakit perut, jaundis, mata kemerahan diminta mendapat rawatan segera di klinik atau hospital berdekatan.

Iklan

Beliau menambah, pegawai Jabatan Kesihatan Daerah Baling juga diminta melakukan pemantauan dan pendidikan kesihatan di Lata Bayu.

Menurut Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Daerah Baling, Mohd Arfan Bibit, pihaknya melakukan pemantauan di kawasan itu selama tiga hari bermula Isnin.

Kata beliau, pihaknya turut memberi pendidikan kesihatan dan menasihatkan pengunjung terutamanya mempunyai kesan luka supaya tidak mandi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!