IVAN Schranz menjadi wira untuk membawa Slovakia menang 1-0 ke atas Belgium dalam aksi pembukaan Kumpulan E Euro 2024.
Ia adalah kekalahan pertama Belgium dalam 16 perlawanan di bawah jurulatih Domenico Tedesco dengan banyak peluang dicipta gagal disempurnakan pasukan itu.
Mereka juga berputih mata selepas dua gol Romelu Lukaku dibatalkan selain penyerang itu juga terlepas beberapa peluang yang terbuka.
"Sayang sekali. 20 minit pertama kami sangat bagus dan kami melakukan kesilapan yang menyebabkan kami dihukum.
"Selain beberapa peluang lain, kami tidak memberikan banyak peluang. Kami menambah baik beberapa perkara pada separuh masa kedua dan kemudian bermain dengan baik.
"Kami mencipta peluang dan kami sememangnya layak mendapat sekurang-kurangnya seri kerana kami tidak bermain dengan teruk,” kata kapten Belgium, Kevin de Bruyne.
Slovakia menyertai Romania di tangga teratas Kumpulan E selepas kemenangan 3-0 ke atas Ukraine di Munich Isnin.
Belgium seterusnya akan bertemu Romania di Cologne pada Ahad.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!