Melontar di ketiga-tiga jamrah

Iklan
Jemaah haji berduyun-duyun melontar di ketiga-tiga jamrah iaitu Jamrah Sugra, Wusta dan Kubra, hari ini sebagai simbolik merejam syaitan.

Jemaah haji akan berada di Mina sehingga 13 Zulhijjah untuk melontar di ketiga-tiga jamrah berkenaan pada Hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Jemaah haji yang melakukan 'nafar thani' akan bermabit (berada seketika atau bermalam) di Mina sehingga 13 Zulhijjah, manakala jemaah yang melakukan 'nafar awwal' akan berada di Mina sehingga 12 Zulhijjah.