Ibu pengantin perempuan lari bersama bapa pengantin lelaki

Iklan
Gambar hiasan

NEW DELHI - Hasrat bakal pengantin di India untuk melangsungkan perkahwinan pada bulan depan tidak kesampaian selepas ibu pengantin perempuan dan bapa pengantin lelaki melarikan diri bersama.

Pasangan dari Gujarat itu terpaksa membatalkan majlis yang dijadualkan pada minggu kedua Februari ini selepas mendapat tahu tentang perbuatan ibu bapa mereka.

Iklan
Iklan

The Times of India melaporkan bapa pengantin lelaki, seorang ahli perniagaan tekstil berusia 48 tahun dan ibu pengantin perempuan berumur 46 tahun itu 'hilang' pada 10 Januari lalu.

"Ibu bapa mereka saling mengenali sejak kecil dan pernah berjiran di kawasan Katargam. Keluarga kedua-dua belah pihak melaporkan tentang kehilangan mereka kepada polis," jelas laporan itu lagi.

Iklan
Iklan

Beberapa teman rapat ibu bapa pengantin terbabit mengesahkan mereka juga pernah menjalin hubungan sebelum ini. - Agensi