SESB bakal beralih guna meter pintar

Iklan
Madius

KOTA KINABALU - Sabah Electricty Sdn Bhd (SESB) kini dalam proses ke arah penggunaan meter pintar (Smart Meter) bagi merekodkan jumlah penggunaan elektrik di setiap premis dan kediaman.

Pengerusi SESB, Datuk Seri Madius Tangau berkata, untuk tujuan itu pihak SESB telahpun membuka tender bagi mempelawa syarikat-syarikat yang berkelayakan untuk menjayakan inisiatif tersebut.

Iklan
Iklan

"Saya ingin memaklumkan bahawa pihak SESB pun sememangnya sedang ke arah itu dan diharapkan segala proses yang sedang dilaksanakan berjalan dengan lancar.

"Tender telah dibuka pada 16 April 2024 dan ditutup pada 12 Jun lalu. Pada ketika ini, ia sedang berada dalam proses analisis tender sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Tender Pengurusan dan seterusnya ke Jawatankuasa Perolehan dan Kewangan Lembaga," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Kenyataan itu bagi mengulas saranan Pengerusi Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Sabah, David Chan berhubung penggunaan meter pintar oleh pihak SESB.

Ahli Parlimen Tuaran itu berkata, saranan David mengenai penggunaan meter pintar adalah wajar kerana ia mempunyai pelbagai manfaat dan kelebihan berbanding penggunaan meter konvensional.

Iklan

Madius dalam pada itu turut mengalakkan orang ramai dan pengguna untuk memuat turun serta mendaftar aplikasi mySESB di telefon bimbit masing-masing.

"Melalui aplikasi ini, pelbagai perkhidmatan boleh dilaksanakan hanya daripada hujung jari sahaja.

"Antaranya, mendapat akses penyata bil terkini selain boleh membuat pembayaran bil secara terus ke sistem SESB tanpa perlu menunggu tiga hari bekerja seperti cara pembayaran yang lain.

Beliau berkata, perkhidmatan mySESB merupakan satu inisiatif bagi memudahkan pelanggan untuk berurusan tanpa perlu hadir beratur panjang atau bersesak di kaunter atau Kiosk SESB.

"Namun buat masa ini, daripada 696,711 pengguna SESB, hanya 112,835 orang yang telah mendaftar. Jadi, kita harapkan agar lebih ramai yang mendaftar di mySESB supaya sebarang urusan dengan SESB dapat diselesaikan dengan lebih fleksibel, mudah, cepat dan pantas," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!