MATTA cadang 3,000 liter kuota sebulan setiap unit subsidi diesel kenderaan

Iklan
Nigel Wong

SHAH ALAM - Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) mencadangkan peruntukan 3,000 liter kuota sebulan bagi setiap unit subsidi diesel kenderaan kepada pemain industri pelancongan.

Presiden MATTA, Nigel Wong berkata, peruntukan itu akan sangat membantu meringankan beban kewangan yang disebabkan oleh kenaikan harga diesel sekali gus memastikan industri pelancongan terus berdaya saing.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pengumuman baru-baru ini mengenai penamatan rasionalisasi dasar subsidi dan kenaikan harga diesel yang berikutnya telah memberi kesan ketara kepada pengusaha van dan bas pelancongan.

"Peningkatan ini telah menyebabkan beban kewangan yang besar kepada sektor kami dan mencabar keupayaan untuk mengekalkan harga yang kompetitif serta menyampaikan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelancong antarabangsa dan domestik," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Tambah beliau, pihaknya memahami objektif Kerajaan Madani dan menyokong sepenuhnya namun industri memerlukan masa untuk menyesuaikan diri memandangkan kewajipan kontrak yang dimiliki oleh ramai ejen.

Nigel turut menekankan kepentingan subsidi bahan api sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) yang akan datang.

Iklan

"Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) menyasarkan untuk menarik 35.6 juta pelancong asing ke Malaysia. Jadi subsidi bahan api adalah penting untuk mengurangkan tekanan kewangan kepada pengendali, menyokong daya saing sekali gus memastikan kejayaan kempen.

"Kami percaya bahawa industri ini akan lebih bersedia untuk menyumbang kepada ekonomi Malaysia sekiranya kerajaan melaksanakan langkah-langkah tersebut," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!