Malaysia terbuka sertai blok ekonomi BRICS, bawa manfaat ekonomi

Iklan
Tengku Zafrul (empat dari kanan) bergambar ketika majlis pelancaran Kilang Korporat Malaysia CHERY di Shah Alam hari ini. Turut sama, Pengerusi Chery Automobile, Yin Tongyue (lima dari kanan) dan Presiden Antarabangsa Chery, Zhang Gui Bing (dua dari kanan). - Foto: Bernama

SHAH ALAM - Malaysia terbuka untuk menyertai blok ekonomi organisasi antara kerajaan, Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan (BRICS) yang boleh membawa pelbagai manfaat ekonomi kepada negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Organisasi BRICS juga, kata beliau, dilihat berkembang dengan lancar pada masa ini dengan beberapa negara seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Mesir juga telah menyertainya.

Iklan
Iklan

"Kita akan tunggu untuk mulakan perbincangan selanjutnya mengenai BRICS seperti dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya selepas melancarkan kilang pemasangan Chery Malaysia di sini, hari ini.

Anwar pada Isnin menyatakan bahawa Malaysia akan memulakan prosedur rasmi untuk menyertai blok ekonomi BRICS tidak lama lagi.

Iklan

BRICS yang ditubuhkan pada 2009, berperanan sebagai platform kerjasama untuk ekonomi sedang pesat membangun yang merangkumi Brazil, Rusia, India dan China manakala Afrika Selatan menyertai kumpulan ini pada 2010.

Malah, BRICS kini menyumbang satu perempat daripada ekonomi global, merangkumi satu perlima daripada perdagangan global dengan populasi mewakili kira-kira 40 peratus penduduk dunia. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!