Karangkraf teruskan tradisi, imarah ibadah korban

Iklan
Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub melihat lembu yang baru tiba ketika program Korban@Karangkraf pada Selasa. Foto SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID

SHAH ALAM - Kumpulan Karangkraf meneruskan program Korban@Karangkraf bagi mengimarahkan ibadah korban pada tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha.

Ketua projek Korban@Karangkraf, Suhaimi Ismun, 51, berkata, program dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi Karangkraf tersebut merupakan acara tradisi yang diadakan hampir setiap tahun.

Antara reaksi peserta melihat ibadah korban. Foto SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia bertujuan memberi peluang kepada kakitangannya yang tidak dapat pulang beraya di kampung halaman untuk merasai suasana ibadah korban dan mengeratkan ukhuwah bersama komuniti.

"Seperti tahun-tahun sebelum ini, tradisi merewang dan ibadah korban diadakan lagi oleh Kumpulan Karangkraf dan kali ini sebanyak sembilan ekor lembu serta tiga ekor kambing telah disembelih.

Kambing untuk dikorbankan dalam program Korban@Karangkraf. Foto SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID

Iklan

"Tahun ini ia dilaksanakan pada hari kedua Hari Raya Haji dengan penglibatan lebih 150 peserta yang terdiri daripada wakil rumah sukan dan kakitangan Karangkraf, pegawai bomba serta Surau Hamiddean Bicycle Team19.

Hadir sama, Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah; Pengarah Eksekutif Kumpulan Karangkraf, Akmal Eirfan Mohamed Fauzi dan Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Anang.

(Belakang, dua dari kanan) Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub ketika program Korban@Karangkraf pada Selasa. FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID

Iklan

Mengulas lanjut, Suhaimi berkata, semua peserta turut dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan tugasan untuk mempercepatkan proses tersebut.

Antara peserta yang terlibat dan membantu dalam program Korban@Karangkraf. Foto SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID

"Ada beberapa kumpulan seperti penyembelihan, melapah, memotong daging dan tulang supaya kerja-kerja dapat dilakukan dengan cepat.

"Insya-ALLAH selepas solat zuhur iaitu kira-kira jam 2.30 petang Selasa, kami akan mula agihkan daging korban kepada staf, golongan asnaf dan mereka yang memerlukan.

"Ikutkan tentatif program, pada hari esok (Rabu) pula, kami perlu menyiapkan menu utama untuk makan tengah hari iaitu daging korban untuk dinikmati oleh kakitangan yang bertugas,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!