Agong kurnia 10 ekor lembu untuk ibadah korban

Iklan
Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 10 ekor lembu untuk dikorbankan bersempena dengan sambutan Aidiladha - Foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 10 ekor lembu untuk dikorbankan bersempena dengan sambutan Aidiladha.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, kurniaan haiwan ternakan untuk ibadah korban itu akan diagihkan kepada semua kakitangan asnaf Istana Negara.

Iklan
Iklan

"Seri Paduka Baginda turut berkenan melafazkan niat wakil korban bagi sembelihan 10 ekor lembu yang dikurniakan di Istana Negara hari ini (18 Jun),” menurut hantaran itu.

Menurut hantaran berkenaan, pelaksanaan penyembelihan akan diadakan esok, manakala majlis agihan daging korban berlangsung di Istana Negara Khamis ini. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan