Bolehkah lakukan korban waktu malam?

Iklan
WALAUPUN ibadah korban dilakukan tetap sah, tetapi makruh jika ia dilakukan pada waktu malam. -Foto: Canva

MEMASUKI hari kedua Hari Raya Aidiladha, ibadah korban masih lagi rancak dilaksanakan di kebanyakan tempat.

Lazimnya, proses sembelihan dilakukan pada waktu siang. Sejak awal pagi lagi, orang ramai sudah bekerja keras menumbangkan haiwan korban, sebelum menyembelih, melapah dan mengagihkannya kepada golongan fakir miskin serta lain-lain secara adil.

Iklan
Iklan

Barangkali disebabkan prosesnya yang lama membuatkan ramai memilih untuk menyempurnakan ibadah itu pada waktu cerah.

Timbul persoalan, adakah ibadah korban tersebut boleh dilakukan pada waktu malam?

Iklan

DR ZULKIFLI

Iklan

"Kadar terbitnya matahari itu boleh dikira selepas selesainya solat dua rakaat (solat sunat Hari Raya Aidiladha) dan juga dua khutbah yang ringan yakni tidak terlampau panjang berjela-jela.

"Sekiranya haiwan korban disembelih sebelum waktu itu, maka ia tidak dikira sebagai korban, tetapi hanya sekadar sembelihan untuk mendapatkan daging semata-mata,” katanya sebagaimana dipetik menerusi artikel #1061 Menyembelih Haiwan Korban pada Waktu Malam yang disiarkan dalam laman web www.maktabahalbakri.com.

Jelas beliau lagi, waktu sembelihan korban itu berterusan sehinggalah berakhirnya hari Tasyrik selama empat hari termasuk Hari Raya Aidiladha.

"Ini bermakna, penyembelihan korban boleh dilakukan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijah. Menurut kitab al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’i, diharuskan untuk menyembelih haiwan korban sepanjang empat hari tersebut tidak kira malam mahupun siang hari.

Ujar Zulkifli, hukum makruh itu turut dinukilkan oleh Imam An-Nawawi dalam kitabnya, al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab.

"Ulama dalam kalangan Mazhab Syafie membolehkan sembelihan haiwan korban tidak kira waktu siang ataupun malam sepanjang tempoh empat hari tersebut.

"Namun, Imam Malik berpendapat, sembelihan haiwan korban pada waktu malam adalah tidak sah, tetapi ia hanya dianggap sebagai sembelihan untuk mendapatkan daging semata-mata,” katanya.

MENYEMBELIH haiwan korban ketika siang hari sama ada pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijah adalah lebih utama berbanding waktu malam. -Gambar hiasan/ Foto: Canva

Zulkifli kemudian memetik pandangan yang ditulis dalam kitab al-Bayan fi Mazhab al-Imam asy-Syafi’e.

Kitab itu menyatakan, ibadah korban dilakukan waktu malam adalah sah.

Boleh jadi berlakunya kesilapan pada tempat yang disembelih disebabkan oleh kegelapan malam, ungkapnya.

"Di samping itu, menyembelih pada waktu malam menjadikan haiwan itu tersembunyi (disebabkan kegelapan malam) dan menyembelihnya ketika ia jelas kelihatan (yakni pada waktu siang) adalah lebih utama.

"Selain itu, jika sembelihan dilakukan pada waktu malam, boleh jadi orang miskin terlindung daripadanya dan daging korban sudah berubah jika ia kekal (sebegitu) sehingga waktu siang.

"Oleh sebab itu, makruh menyembelih haiwan pada waktu malam, tetapi sah berbuat demikian,” terangnya.

JIKA sembelihan dilakukan pada waktu malam, boleh jadi orang miskin terlindung daripadanya dan daging korban sudah berubah jika ia kekal (sebegitu) sehingga waktu siang. -Gambar hiasan/ Foto: Canva

Seandainya kita melakukan sembelihan selepas berakhirnya hari Tasyrik iaitu terbenamnya matahari 13 Zulhijah, Zulkifli menjelaskan, ia tidak lagi dikira sebagai ibadah korban.

"Sebaliknya, ia hanya sekadar untuk mendapatkan daging semata-mata,” katanya.