Daftar keberadaan di luar negara elak gagal dikesan - Menteri Luar

Iklan
Mohamad

SEREMBAN - Wisma Putra sentiasa membantu mengesan termasuk membawa pulang mana-mana pelajar Malaysia yang dipercayai hilang sebaik menamatkan pengajian di luar negara untuk kembali ke pangkuan keluarga.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tugas asasi Wisma Putra adalah mengurus dan mengambil tahu hal ehwal rakyat Malaysia yang berada di luar negara selain menjalankan hubungan diplomasi antara negara.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bagaimanapun agak sukar bagi pihaknya mengesan individu berkenaan sekiranya mereka sendiri membuat pilihan untuk tidak mahu dikesan atau sengaja ‘menghilangkan diri’.

"Justeru nasihat saya, rakyat Malaysia yang berada di luar negara digesa untuk mendaftar keberadaan mereka dengan perwakilan Malaysia yang terdekat bagi memudahkan urusan pengesanan dan pencarian.

Iklan

"Jadi macam mana kita nak buat kerja, sekurang-kurangnya keluarga perlu tahu mereka berada di mana dan hubungi kita," katanya.

Mohamad (tiga dari kanan) hadir pada Majlis Pelancaran Inisiatif Kampung Angkat Madani dan Ibadah Korban 1445H/2024 Kementerian Luar Negeri di Dewan Orang Ramai Kampung Kanchong, Rantau pada Selasa.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Inisiatif Kampung Angkat Madani dan Ibadah Korban 1445H/2024 Kementerian Luar Negeri di Dewan Orang Ramai Kampung Kanchong, Rantau di sini pada Selasa.

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan sebuah keluarga di Kulai, Johor berharap seorang bekas pelajar ke luar negara, Abdul Khalid Deman yang kini berusia 58 tahun dapat dikesan dan pulang ke pangkuan keluarga.

Abdul Khalid dilaporkan pulang kali terakhir ke tanah air pada tahun 1988 dan merupakan bekas penuntut di Universiti of Southwestern Louisiana, Amerika Syarikat.

Ujar Mohamad lagi, terdapat banyak kes membabitkan rakyat di luar negara telah dibantu oleh Wisma Putra termasuklah menyelamatkan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa scammer antaranya di Laos, Kemboja dan lain-lain negara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!