TEHRAN - Lapan orang terkorban dalam kebakaran di sebuah hospital di Iran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik laporan media.
Kebakaran berlaku di sebuah hospital di bandar Rasht berhampiran Laut Caspian di utara negara itu, menurut agensi berita negara IRNA pada Selasa.
Iklan
Iklan
Menurut penemuan awal, mangsa yang terkorban adalah pesakit di unit rawatan rapi.
Puluhan anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian, kata ketua perkhidmatan kecemasan di bandar itu dalam satu wawancara dengan televisyen negara.
Punca kebakaran sedang disiasat.
Menurut laporan, sekitar 140 pesakit telah diselamatkan, namun terdapat kebimbangan bahawa mungkin terdapat lebih ramai mangsa. - Bernama-dpa
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!