Warga asing muka bercalar dipercayai dibunuh

Iklan
Mayat mangsa dipercayai dibunuh ditemui orang awam sebelum membuat laporan polis pada awal pagi Selasa. (Gambar kecil: Abang Zainal Abidin)

IPOH - Seorang lelaki warganegara Myanmar ditemui maut dipercayai dibunuh di dalam sebuah rumah kongsi di tapak pembinaan berhampiran Taman Menglembu di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian tersebut disedari orang awam yang menemui mangsa dalam keadaan muka bercalar dan tidak sedarkan diri sebelum menghubungi pihak polis pada jam 1.23 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa berusia di antara 20 hingga 30 tahun ditemui terbaring dalam keadaan mulut berdarah manakala identiti mangsa sedang disemak dengan pihak majikan.

"Pihak polis mendapati terdapat enam kesan tikaman serta trauma akibat objek tumpul di bahagian kiri muka serta calar pada bahagian badan mangsa.

Iklan

"Hasil bedah siasat yang dijalankan pagi tadi (Selasa) mendapati punca kematian disebabkan kesan trauma akibat objek tumpul di kepala," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, bertindak atas maklumat yang diperoleh, sembilan individu terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan.

Iklan

Katanya, kesemua yang ditahan berusia di antara 21 hingga 41 tahun masing-masing terdiri daripada warganegara Bangladesh dan Indonesia.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh dengan niat dan kesemua mangsa direman selama tujuh hari sehingga 24 Jun depan.

"Sehungan itu, pihak polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes berkenaan untuk tampil memberi keterangan.

"Pihak polis memandang serius kejadian ini dan menyeru orang ramai supaya bersabar dalam apa jua tindakan serta tidak melakukan sebarang perbuatan yang salah di sini undang-undang," katanya.

Beliau berkata, orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Komisioner Chua Sze Yuan di talian 012-6195312 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!