KDA FC terima tajaan RM100,000 daripada Xpress Point

Iklan
Pengarah HYL Marketing Sdn Bhd ( Xpress Point), Saw Mei Yee (kiri) dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Shahrul Samsudin telah menandatangani perjanjian antara kedua-dua pihak bagi musim 2024-2025. Foto KDA FC

KEDAH Darul Aman (KDA) FC mendapat suntikan motivasi apabila menerima tajaan RM100,000 daripada rakan rasmi baharunya, HYL Marketing Sdn Bhd (Xpress Point) bagi musim 2024-2025.

Sang Kenari yang masih segar dengan kejayaan mara ke suku akhir Piala FA selepas membelasah Bukit Tambun FC 5-0 di Stadium Darul Aman gembira dengan sokongan yang diberikan oleh rakan rasmi baharu kedai serbanekanya itu.

Iklan
Iklan

KDA FC berkata, kerjasama tersebut melibatkan sumbangan wang tunai dan barangan melalui penganjuran aktiviti bersama pasukan dan penyokong.

"Xpress Point merupakan kedai serbaneka yang beroperasi di stesen minyak dengan menawarkan jualan produk harian dan pelbagai barangan keperluan orang ramai," katanya yang dipetik melalui platform media sosial rasminya.

Iklan

KDA FC berkata, syarikat itu menyokong usaha penjenamaan yang sedang dilakukan oleh Sang Kenari dan ini adalah tahun pertama Xpress Point bekerjasama sebagai rakan rasmi.

Menurutnya, Pengarah HYL Marketing Sdn. Bhd.( Xpress Point), Saw Mei Yee dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Shahrul Samsudin telah menandatangani perjanjian antara kedua-dua pihak.

Iklan

"Terima kasih Xpress Point, ayuh kita sahut cabaran bersama.

"Xpress Point, rakan rasmi kedai serbaneka KDA FC Musim 2024-2025," ujarnya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!