Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Iklan
Pada jam 6 petang, ringgit naik kepada 4.7110/7155 berbanding dolar AS daripada 4.7190/7225 ketika ditutup pada Jumaat. Gambar hiasan

RINGGIT ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini menjelang menjelang pengumuman data ekonomi Amerika Syarikat (AS) baharu malam ini, kata seorang penganalisis.

Iklan
Iklan

Pada jam 6 petang, ringgit naik kepada 4.7110/7155 berbanding dolar AS daripada 4.7190/7225 ketika ditutup pada Jumaat.

Urus niaga ditutup semalam sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Iklan

Peniaga ActivTrades, Anderson Alves berkata penggiat pasaran sedang menunggu petunjuk baharu dengan laporan jualan runcit AS yang akan dikeluarkan lewat hari ini.

Beliau berkata pelabur juga berhati-hati menjelang siri ucapan Rizab Persekutuan (Fed) AS oleh pegawai kanan turut berlangsung lewat hari ini.

Iklan

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) terus berlegar melebihi 105 mata kerana euro merupakan komponen utama DXY, merosot berbanding dolar AS berikutan kebimbangan terhadap pilihan raya mengejut di Perancis yang akan diadakan bulan ini.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit naik berbanding yen Jepun kepada 2.9798/9828 daripada 3.0046/0072 ketika ditutup Jumaat lepas, menokok berbanding pound Britain kepada 5.9750/9807 daripada 5.9955/9999 tetapi berkurangan berbanding euro kepada 5.0492/0541 daripada 5.0418/0455 sebelumnya.

Unit tempatan didagangkan tinggi berbanding mata wang ASEAN lain.

Ia meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 287.0/287.3 daripada 287.5/287.8 pada penutupan Jumaat lepas, naik berbanding baht Thailand kepada 12.7874/8048 daripada 2.8328/8475 nam menambah berbanding dolar Singapura kepada 3.4793/4829 daripada 3.4857/4886 sebelumnya.

Ringgit melonjak berbanding peso Filipina kepada 8.03/8.05 daripada 8.04/8.05.- Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!