Gelombang haba landa Iraq, suhu melebihi 50 darjah Celcius

Iklan
Gelombang haba melanda Iraq dengan beberapa wilayah mencatatkan suhu 50 darjah Celsius pada Selasa. Gambar hiasan

BAGHDAD - Gelombang haba melanda Iraq dengan beberapa wilayah mencatatkan suhu 50 darjah Celsius pada Selasa, menurut kenyataan daripada Pertubuhan Meteorologi dan Seismologi Iraq, lapor Xinhua.

Suhu tertinggi - 51 darjah Celsius - direkodkan di Wilayah Dhi Qar, manakala Wilayah Maysan, Basra dan Muthanna mencatatkan suhu 50 darjah Celsius, menurut kenyataan itu.

Iklan
Iklan

Terdahulu, pertubuhan itu memberi amaran di laman Facebook rasminya agar orang ramai mengelak daripada terdedah secara langsung kepada cahaya matahari dan mengesyorkan mereka untuk duduk di rumah semasa waktu puncak haba.

Iraq kerap mengalami musim panas terik dengan suhu melebihi 50 darjah Celsius, yang mendorong kerajaan kadangkala memberikan cuti kepada petugas institusi-institusinya. - Bernama-Xinhua

Iklan
Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!