Perpaduan sebenar wujud apabila Pas, Bersatu, UMNO bertaut - Annuar

Iklan
Annuar

SHAH ALAM -"Perpaduan sebenar hanya wujud apabila Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO bertaut kembali dengan mengutamakan nasib bangsa, agama serta negara bukannya individu," demikian menurut Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa.

Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO berkata, beliau tidak pernah kecewa atau berputus asa dalam memperkukuhkan perpaduan politik Melayu dan menghidupkan konsep MN.

Iklan
Iklan

"Pas, Bersatu dan UMNO adalah tiga parti politik orang Melayu yang mempunyai cita-cita perjuangan hampir sama, malah berasal dari satu parti.

"Apabila bergabung, ia menjadi satu igauan buruk kepada parti ideologi berbeza seperti sosialis, liberalis atau pluralis dan pernah membentuk MN. Kita telah lihat kekuatannya dalam siri Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Tanjung Piai, Kimanis serta lain-lain.

Iklan

"Musuh mencari jalan sejak dulu untuk memecahbelahkan kekuatan ini, mereka berjaya kerana ada pemimpin sanggup dan sengaja memilih jalan menjadi ‘kuli politik’ kepada pihak lain,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Beliau bagaimanapun memaklumkan, perpaduan Melayu dipayungi Pas dan Bersatu sehingga ke hari ini.

Iklan

"Yang lebih menggembirakan adalah sikap terbuka Pas dan Bersatu kekal berpendirian, ketiga-tiga parti ini perlu terus berusaha untuk bekerjasama dan bertaut kembali.

"Pas dan Bersatu tidak memusuhi UMNO,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!