SIBU - Seorang mekanik kapal warga emas kerugian sebanyak RM17,220 selepas terpedaya dengan iklan palsu di aplikasi WhatsApp mengenai jualan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), pada awal bulan ini.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata mangsa berusia lingkungan 70-an itu membuat laporan polis semalam mendakwa telah membuat bayaran ke dalam dua akaun bank tempatan yang diberikan seorang suspek yang dikenali sebagai Sam Low.