Beban kerja punca kekurangan jururawat di Malaysia

Iklan
Jawatankuasa yang terlibat dalam program Korban sempena Aidiladha di Rumah Singgah Teduh Nur Qaseh, di sini pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Bebanan kerja jururawat semakin meningkat dan tawaran gaji lebih tinggi di luar negara menyebabkan ramai kakitangan mula berhijrah bagi meneruskan impian masing-masing.

Pengerusi Persatuan Jururawat Islam Malaysia (Inam), Zamri Shahri berkata, mereka terpaksa melakukan dua hingga tiga kerja pada satu masa bagi memastikan setiap tugasan disiapkan.

Iklan
Iklan

"Tidak kira jururawat klinik kesihatan ataupun swasta, skop dan beban kerja yang terlampau banyak menyebabkan kami terpaksa multitasking untuk menyiapkan setiap tugasan.

"Bayangkan, seorang jururawat menjaga enam pesakit pada masa sama perlu melakukan kerja-kerja pengkeranian dan tugasan domestik wad kerana kekurangan tenaga,” katanya ketika pengagihan lembu dan kambing korban sempena Aidiladha di Rumah Teduh Singgah Nur Qaseh, di sini pada Selasa.

Iklan

Sebelum ini, kekurangan jururawat diunjurkan kepada hampir 60 peratus menjelang 2030, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Dalam menangani isu tersebut, beliau berkata, antara lain, kerjasama antara sektor awam dan swasta dapat membantu untuk mengatasi kekurangan petugas kejururawatan di Malaysia yang diperlukan untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan.

Iklan

Mengulas lanjut, Zamri mencadangkan kerajaan perlu meneliti semula gaji pemula yang diberikan kepada jururawat.

Zamri

Menurutnya, dengan membandingkan permulaan gaji pokok sebanyak Rm 1797.59 dan bebanan kerja yang semakin meningkat, ia adalah sesuatu yang wajar untuk kerajaan mengkaji semula kenaikan sekurang-kurang bermula dengan tangga RM2000

"Inisiatif itu perlu kerana orang ramai menjadikannya sebagai kerjaya yang setanding dengan kumpulan professional lain seperti doktor yang sentiasa menjadi pilihan utama,” tambahnya.

Ujar Zamri, Inam mengharapkan kerajaan terutama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bekerjasama dalam mempromosikan bidang kejururawatan berkenaan kepada golongan muda.

Jelasnya, tindakan ketiga-tiga jabatan tersebut mampu meningkatkan bilangan tenaga mahir dalam bidang itu sekali gus mampu membanteras isu kekurangan jururawat di negara ini.

"Tindakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri baru-baru ini sebenarnya perlu diberi pujian kerana mampu menjaga kebajikan masyarakat.

"Ini kerana pihaknya menawarkan tajaan pendidikan Diploma Kejururawatan dan menjamin pekerjaan selepas tamat pengajian kepada penghuni Anjung Kasih Yayasan Kebajikan Negara (YKN) sekali gus menjaga kebajikan generasi muda yang kurang bernasib baik serta membantu meningkatkan penghasilan jururawat di negara ini," katanya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!