Itali dijangka hadapi gelombang haba

Iklan
Menurut laman cuaca ilmeteo.it, cuaca panas di tengah dan selatan Itali disebabkan oleh kawasan tekanan tinggi dari Afrika yang dinamakan 'Minos' bergerak ke arah Itali. Gambar hiasan

ROME - Itali dijangka mengalami gelombang haba dalam beberapa hari akan datang, dengan suhu mencapai hampir 40 darjah Celsius mulai Rabu, ramal ahli meteorologi pada Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Di pulau besar Sicily dan Sardinia serta di Wilayah Selatan Puglia, suhu boleh melebihi 40 darjah Celsius di beberapa tempat pada Khamis, ramal perkhidmatan cuaca rasmi Tentera Udara Itali.

Iklan
Iklan

Di Rome, suhu sehingga 38 darjah Celsius dijangka pada Khamis. Di beberapa bahagian Campania, di mana Naples terletak, suhu setinggi 40 darjah Celsius dijangka. Di Tuscany, orang ramai boleh menjangkakan suhu antara 32 hingga 36 darjah Celsius, menurut ahli meteorologi.

Ia juga akan menjadi sangat panas di Emilia-Romagna di pantai Adriatik.

Iklan

Namun, wilayah utara Itali akan terselamat daripada suhu yang terlalu tinggi.

Menurut laman cuaca ilmeteo.it, cuaca panas di tengah dan selatan Itali disebabkan oleh kawasan tekanan tinggi dari Afrika yang dinamakan 'Minos' bergerak ke arah Itali.

Iklan

Udara panas ini disertai dengan kelembapan tinggi dan malam yang panas.

Menjelang hujung minggu, gelombang haba ini akan melemah. Pakar cuaca menjangkakan ribut petir yang teruk, terutamanya di utara, dan penurunan suhu. - Bernama-dpa

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!