Rembatan Guler curi tumpuan

Iklan
Guler Foto: Agensi

REMBATAN jarak jauh menakjubkan bintang remaja kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid Arda Guler membantu Turkiye menang 3-1 ke atas Georgia dalam perlawanan pembukaan Kumpulan F Euro 2024, ketika The Crescent-Stars bergelut dalam aksi hujan lebat di Stadium Signal Iduna Park pada Rabu.

Perlawanan berintensiti tinggi Euro 2024 setakat ini bermula dengan pergaduhan penyokong kedua-dua pasukan dalam stadium sebelum aksi hingga drama sengit penghujung perlawanan.

Iklan
Iklan

Turkiye memiliki penguasaan bola, namun sering terdedah di bahagian pertahanan terpaksa meningkatkan intensiti ketika Georgia menampilkan kecemerlangan Samet Akaydin di gawang gol.

Anak buah Vincenzo Montella memimpin permainan minit ke-25 menerusi voli pertahanan kelab liga Turkiye Fenerbahce kelahiran Austria, Mert Muldur, sebelum Georges Mikautadze penyerang pasukan Ligue 1 Perancis, Metz menyamakan kedudukan minit ke-32.

Iklan

Bagaimanapun situasi separuh masa kedua berubah apabila Guler yang berusia 19 tahun, menjaringkan gol pada minit ke-65 hasil rembatan lencong menyaksikan Turkiye mengubah penguasaan menjadi pendahuluan.

Pemain gantian Muhammed Kerem Akturkoglu yang bersama kelab liga Turkiye, Galatasaray kemudiannya melengkapkan kemenangan pasukannya dengan gol masa kecederaan minit ke-97.

Iklan

"Saya sentiasa mengimpikan pengakhiran seperti ini. Saya telah berlatih khusus sebegini baru-baru ini pada akhir sesi latihan.

"Dan saya sangat gembira dapat menjaringkan gol dengan cara ini," kata Guler selepas perlawanan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!