Mandatori isytihar kerusi kosong
Iklan
SHAH ALAM - Speaker Dewan Rakyat perlu mengisytiharkan kekosongan kerusi luar jangka dalam tempoh 21 hari sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ketua Kluster Politik, Governans dan Perundangan, Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood menjelaskan, tindakan berkenaan disebut dalam Perkara 49A Perenggan 3 yang menyatakan Speaker perlu memastikan berlakunya kekosongan luar jangka dan memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sewajarnya dalam tempoh tersebut dari tarikh menerima notis bertulis.