Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

Iklan
Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi BNM menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

KADAR jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM42.44 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam RM15.70 bilion.

Iklan
Iklan

Hari ini, bank pusat akan melaksanakan tender repo berbalik bernilai RM1.5 bilion untuk 30 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.

Iklan

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM43.9 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM15.7 bilion. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan