Van sekolah haram: Tindakan sita terus kenderaan perlu diambil

Iklan
Tindakan lebih tegas perlu diambil terhadap pengusaha van sekolah haram dan bukannya sekadar dikenakan denda semata-mata.

PERLU ada tindakan lebih tegas diambil terhadap pengusaha van sekolah haram dan bukannya sekadar dikenakan denda semata-mata.

Menurut Presiden Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPPBSM) Mohd Rofik Mohd Yusoff, tindakan menyita kenderaan perlu diambil supaya mereka tidak dapat lagi meneruskan perkhidmatan terbabit.

Iklan
Iklan

Ini kerana katanya, ada di antara mereka yang masih berdegil meneruskan perkhidmatan itu sebaik selesai menjelaskan denda.

"Setakat denda saja mereka tak rasa takut kerana boleh bayar pada bila-bila masa. Sebab itulah kita tengok isu ini dah lebih 20 tahun pun, tak pernah selesai.

Iklan

"Ia ditambah pula sikap segelintir ibu bapa sendiri yang tak kisah pun soal van sekolah tiada permit hantar dan ambil anak mereka dari sekolah,” katanya.

Selain itu katanya, perlu adanya program kesedaran terhadap ibu bapa supaya tidak menggunakan perkhidmatan van haram ini.

Iklan

Ujarnya, ibu bapa perlu menyedari risiko bahaya bakal dihadapi sekiranya berlaku kejadian tidak diingini kelak.

"Sekarang ini ada permintaan daripada ibu bapa dan itulah faktor utama kenapa perkhidmatan tak sah seumpama ini masih ada.

"Jangan bila sesuatu masalah timbul nanti, waktu itu mereka baru menyesal dan ia sudah terlambat,” katanya.

Beliau juga berkata, pengusaha berlesen di Negeri Sembilan telah merosot 40 peratus selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipercayai antara puncanya disebabkan van haram.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!