PEMAIN boling wanita negara Sin Li Jane melakar sejarah muncul atlet Malaysia pertama memenangi Kejohanan Terbuka Wanita Amerika Syarikat (AS) di Royal Pin Woodland, Indianapolis pada Selasa.
Pemain berusia 32 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang merangkul kejuaraan tersebut selepas menewaskan pemain dari Latvia Diana Zavjalova 226-214 pada perlawanan akhir stepladder.