[VIDEO] Speaker DUN Kelantan umum kekosongan kerusi DUN Nenggiri

Iklan

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan bermula Rabu.

Mohd Amar pada sidang akhbar memberitahu keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut Fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim pada 13 Jun dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 12 Jun lalu.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, notis itu memaklumkan mengenai hilang keahlian Bersatu menyebabkan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.

Mohd Azizi

"Selepas meneliti dan berpuas hati dengan surat pemakluman itu, maka dengan ini saya mengisytihar menurut Fasal 1 Perkara 31A bahawa berlaku kekosongan luar jangka kerusi DUN Nenggiri diwakili oleh Mohd Azizi.

Iklan

Jelas beliau lagi, surat pemakluman itu akan disampaikan kepada SPR pada hari ini (Rabu).

"Dari segi peraturannya, kita akan ada pilihan raya dalam tempoh 60 hari bermula hari ini," katanya.

Iklan

Mohd Azizi merupakan Ahli Parlimen Gua Musang dan sebelumnya sebagai ADUN Nenggiri.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!