Israel serang Gaza besar-besaran, ramai penduduk terbunuh

Iklan
Rejim Israel terus menyerang kebanyakan kawasan di Rafah, terutamanya di kejiranan Tel al-Sultan di bahagian barat bandar itu sejak pagi Selasa. Foto AFP

GAZA - Israel melancarkan serangan besar-besaran di kebanyakan tempat di Gaza pada hari ketiga Aidiladha, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh dan cedera, menurut sumber tempatan.

Pasukan penyelamat Palestin memaklumkan serangan bom di Rafah mengorbankan satu nyawa dan mencederakan ramai lagi, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

Menurut saksi, tentera Israel mengebom berpuluh-puluh kediaman, manakala unit artileri terus membedil kawasan kejiranan sejak awal Selasa.

Menurut sumber Hospital Al-Ahli Baptist, serangan dron Israel di Jalan Sahaba di Gaza pula membunuh dua rakyat Palestin manakala seorang lagi cedera.

Iklan

Hospital Gaza Eropah pula melaporkan dua rakyat Palestin maut akibat pengeboman di bandar Khuza'a di timur Khan Younis.

Menurut saksi, rejim Israel terus menyerang kebanyakan kawasan di Rafah, terutamanya di kejiranan Tel al-Sultan di bahagian barat bandar itu sejak pagi Selasa.

Iklan

Sejak 7 Oktober 2023, serangan Israel ke atas Gaza telah mengakibatkan kematian 37,372 orang dan mencederakan 85,452 yang lain. - Bernama-Anadolu

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!