Peniaga maut dilanggar motosikal keluar simpang

Iklan
Motosikal Yamaha 135LC yang ditunggang mangsa terlibat dalam kemalangan hingga meragut nyawanya.

MELAKA - Seorang peniaga maut selepas motosikal yang ditunggang dirempuh sebuah motosikal lain di Jalan Tun Fatimah di sini pada malam Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa, Ng Yong Ching, 33, yang beralamat di Jalan Pegaga Taman Merdeka, Batu Berendam meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila Yong Ching yang menunggang motosikal Yamaha 135LC sedang bergerak lurus dari arah Malim menghala ke Taman Merdeka.

"Setiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal jenis Benelli yang ditunggang juru x-ray berusia 59 tahun dari arah sebelah kiri dipercayai secara tiba-tiba keluar simpang dan berlaku pelanggaran.

Iklan

"Akibat kemalangan itu mangsa maut di tempat kejadian, manakala penunggang Benelli mengalami patah kaki kanan dan telah dirawat di zon kuning hospital Melaka," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Jelasnya, siasatan mendapati kemalangan itu dipercayai berpunca daripada sikap penunggang motosikal berusia 59 tahun itu yang keluar simpang secara melulu tanpa memeriksa kehadiran kenderaan lain.

Iklan

"Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat.

"Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!