Bersatu Kelantan sudah jangka kerusi DUN Nenggiri kosong

Iklan
Mohd Azizi Abu Naim

KOTA BHARU - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor sudah menjangkakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dikosongkan.

Beliau berkata, kekosongan itu berikutan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim yang kehilangan keahlian dalam Bersatu seterusnya berlaku kekosongan luar jangka di kerusi berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kita memang menjangkakan perkara ini berlaku selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan meluluskan usul pindaan Perlembagaan parti yang berkuatkuasa 1 April lalu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Menurut beliau, sebelum ini pimpinan atasan parti sudah menghantar notis dan pemakluman kepada Mohd Azizi mengikut peraturan sewajarnya.

Iklan

Berkenaan dakwaan Mohd Azizi yang mahu mengambil tindakan undang-undang, Kamaruddin memberitahu, perkara itu merupakan hak Mohd Azizi.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi Dewan DUN Nenggiri dikosongkan bermula Rabu.

Iklan

Mohd Amar pada sidang akhbar memberitahu keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan daripada ADUN Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim pada 13 Jun dan Bersatu pada 12 Jun lalu.

Menurut beliau, notis itu memaklumkan mengenai hilang keahlian Bersatu menyebabkan kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!