Korea Selatan keluar nasihat gelombang haba

Iklan
Agensi cuaca Korea Selatan pada Rabu mengeluarkan nasihat gelombang haba ketika suhu meningkat di seluruh negara. - Foto: Reuters

SEOUL - Agensi cuaca Korea Selatan pada Rabu mengeluarkan nasihat gelombang haba ketika suhu meningkat di seluruh negara.

Nasihat gelombang haba itu dikeluarkan di banyak kawasan di seluruh negara, termasuk ibu kota Seoul dan wilayah sekitar Gyeonggi, menurut Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA), lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Nasihat itu dikeluarkan apabila suhu tertinggi dijangka kekal melebihi 33 darjah Celsius selama lebih daripada dua hari berturut-turut.

Suhu diramalkan mencecah setinggi 37 darjah Celsius di Goyang, utara Seoul.

Iklan

Suhu harian dijangka mencapai 36 darjah di bandar pedalaman tenggara Daegu, 35 darjah di Seoul dan 33 darjah di bandar pelabuhan tenggara Busan.

Gelombang haba dijangka melanda kawasan tengah negara buat sementara waktu, tetapi awan tebal dan hujan diramal menurunkan suhu di wilayah selatan dan pulau selatan Jeju pada Khamis.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!