Kertas siasatan kes bungkus barangan guna kertas bercetak ayat al-Quran siap

Iklan
Gambar bungkusan dibalut menggunakan kertas bertulis ayat al-Quran yang tular di media sosial. (Gambar kecil: Hamzah)

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang telah melengkapkan siasatan berhubung beberapa barangan yang dihantar menggunakan perkhidmatan kurier yang dibungkus menggunakan kertas bercetak ayat al-Quran.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, polis menerima laporan berhubung perkara itu pada minggu lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kertas siasatan berhubung kes itu telah siap dan dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk diteliti.

"Polis cadangkan pelaku dituduh di mahkamah, bagaimanapun ia bergantung kepada TPR sama ada ia boleh dituduh akan sebaliknya," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Iklan

Ditanya sama ada syarikat tersebut akan didakwa, Hamzah berkata, kes tersebut menjurus kepada perlakuan oleh individu.

"Kita cadangkan individu (untuk dituduh di mahkamah)," katanya lagi.

Iklan

Sebelum ini beberapa keping gambar tular di media sosial memaparkan bungkusan yang didakwa di pos oleh sebuah syarikat percetakan di Jalan Tun Razak, Cheras ke Ayer Itam di sini.

Difahamkan, laporan polis telah dibuat oleh pemandu syarikat kurier berkenaan yang menyedari perkara itu di Bayan Lepas pada Rabu lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!