SELEPAS ditahan akibat memandu dalam keadaan mabuk, penyanyi, Justin Timberlake akan dihadapkan ke mahkamah pada 26 Julai depan.
Timberlake ditahan di New York selepas didakwa memandu dalam keadaan mabuk di New York, Amerika Syarikat.
Tindakan Timberlake, 43 itu menyebabkan dia dihadapkan ke Mahkamah Keadilan Sag Harbor Village dan dibebaskan dengan jaminan. Sebutan semula kes akan diadakan secara maya pada 26 Julai depan.
Pihak berkuasa tempatan dari Mahkamah Daerah Suffolk dalam satu kenyataan berkata kepada BBC, bintang pop berkenaan ditahan pada Selasa pagi.
Timberlake berada di Sag Harbor, berdekatan Hamptons, Rhode Island ketika ditahab pada jam 5.37 pagi (waktu tempatan) selepas dipercayai melanggar tanda berhenti dan gagal untuk memandu di sebelah kanan jalan raya.
Ketika ditahan oleh seorang anggota berkuasa, Timberlake dilaporkan tidak dapat memberikan fokus, gagal bertutur dengan jelas dan nafasnya berbau alkohol.
Suami kepada pelakon Jessica Biel itu juga dilaporkan enggan melakukan ujian nafas.
Timberlake mementaskan dua konsert di Chicago dan dijadualkan untuk membuat persembahan di New York untuk mempromosikan album terbaharunya,"Everything I Thought It Was." - Agensi/ Awani
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!