Harga diesel kekal pada minggu kedua penyasaran subsidi
Iklan
Harga diesel kekal pada paras RM3.35 sen seliter pada minggu kedua pelaksanaan penyasaran subsidi bahan bakar itu.
PUTRAJAYA - Harga diesel kekal pada paras RM3.35 sen seliter pada minggu kedua pelaksanaan penyasaran subsidi bahan bakar itu.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan bagi tempoh 20 hingga 26 jun memaklumkan, harga runcit petrol RON97 dan RON95 turut dikekalkan masing-masing pada paras RM3.47 serta RM2.05 seliter.