Tauke telur kaut untung peruntukan subsidi - Gerakan

Iklan
Dominic Lau Hoe Chai

KUALA LUMPUR - Penurunan harga telur sebanyak 3 sen didakwa bukan bertujuan membantu rakyat paling miskin, sebaliknya membantu 'tauke-tauke' telur mengaut keuntungan daripada peruntukan subsidi telur.

Perkara itu ditegaskan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai yang menyifatkan rakyat hanya menerima sedikit manfaat berbanding pengeluar telur.

Iklan
Iklan

"Senario adalah Kerajaan Madani tambah subsidi RM100 juta atau bersamaan 10 sen sebiji telur untuk membayar pengeluar tetapi rakyat hanya menerima manfaat penurunan 3 sen sebiji telur dan baki 7 sen dapat kepada pengeluar.

"Pertama saya ingin tanya, adakah Kerajaan Madani mahu menolong rakyat dengan ikhlas atau pun penurunan 3 sen ini sekadar gula-gula untuk menagih undi semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap kerana mengikut (maklumat) pengeluar-pengeluar (mereka) tidak jamin harga telur akan kekal," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Dominic berpendapat, langkah tepat adalah kerajaan harus memastikan produktiviti telur meningkat dari semasa ke semasa.

"Dengan ini ia boleh membantu dari segi permintaan dan mengurangkan penawaran serta sekali gus harga telur dapat dikekalkan atau turun," katanya.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau turut mempersoalkan, adakah langkah penurunan harga telur itu juga dipanggilkan mekanisme komprehensif daripada kerajaan untuk menurunkan harga barang seperti yang digembar-gemburkan.

Ujarnya, langkah Pakatan Harapan dan Barisan Nasional ini sebagai bukti menunjukkan mereka tidak peka terhadap keluhan rakyat.

"Oleh kerana sistem ekonomi negara tidak efisien dan gagal diurus dengan baik oleh pucuk pimpinan kerajaan, maka rakyat akan menghadapi kesulitan hidup yang lebih teruk," ujarnya lagi.

Dominic sehubungan itu menyeru supaya kerajaan mewujudkan pakej ekonomi atau bantuan rakyat bernilai RM4 bilion yang bersamaan dengan jumlah penjimatan perbelanjaan kerajaan hasil penyasaran subsidi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!