Penghantar makanan maut dirempuh kereta

Iklan
Keadaan motosikal Hilmi (gambar kecil) selepas terlibat dalam kemalangan dengan dua kereta di Jalan Padang Jambu di sini, pada Rabu.

MELAKA - Seorang penghantar makanan maut dirempuh kereta ketika memberi laluan kepada ambulans di Jalan Padang Jambu di sini, pada Rabu.

Kejadian kira-kira jam 9.50 pagi itu menyebabkan mangsa, Hilmi Saleh, 31, yang menunggang motosikal Yamaha 135LC meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa dan sebuah Proton Wira yang dipandu warga emas berusia 65 tahun dari arah Pengkalan Batu.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, kedua-dua kenderaan terbabit mahu melintas ke hadapan menghala ke arah Jalan Padang Jambu bagi memberi laluan kepada ambulans yang datang dari arah sama.

Iklan

Namun katanya, sebuah kereta Honda Civic dari arah Ayer Keroh menghala ke Bandar Melaka tidak dapat mengelak lalu merempuh motosikal mangsa dan kereta Proton Wira tersebut.

"Manakala pemandu Proton Wira dan pemandu Honda Civic berusia 50 tahun masing-masing sakit di bahagian dada serta cedera di leher," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Tambahnya, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat sebelum dituntut waris keluarga.

"Pihak polis sedang mengesan saksi kemalangan dan setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!