Sara Duterte undur diri daripada Kabinet Marcos Jr

Iklan
Anak kepada bekas Presiden penggal sebelum ini bagaimanapun tidak memberikan alasan jelas tentang keputusan itu. Foto Agensi

MANILA - Naib Presiden Filipina, Sara Duterte mengundurkan diri daripada Kabinet Presiden Ferdinand Marcos Jr berkuat kuasa pada Rabu, di tengah-tengah pertelingkahan antara kedua-dua keluarga yang semakin meningkat sejak beberapa bulan lalu.

Sara tidak memberikan alasan jelas tentang keputusannya, namun beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri Pendidikan menjelang Pilihan Raya Pertengahan Penggal dan pemilihan tempatan dijadualkan pada tahun depan.

Iklan
Iklan

"Beliau tidak lagi akan menyandang jawatan Setiausaha Pendidikan, namun masih bergelar Naib Presiden. Surat pengunduran itu telah diterima Marcos Jr dan kami berterima kasih atas khidmat beliau selama ini," ujar jurucakap Presiden, Cheloy Garafil.

Difahamkan, Sara, 46, turut meletakkan jawatan sebagai Naib Pengerusi Pasukan Petugas Kebangsaan yang bertujuan untuk menamatkan konflik bersenjata komunis tempatan.

Iklan

Bapanya, Rodrigo Duterte yang juga pendahulu Marcos Jr sering bertelingkah dengan pemimpin tersebut selepas kedua-duanya bersaing untuk merebut jawatan utama pada pilihan raya pertengahan penggal dan pemilihan Presiden pada 2028.

Hubungan kedua-duanya makin keruh sejak dua tahun lalu meskipun mereka pernah bergabung untuk meraih kemenangan besar pada Pilihan Raya Presiden 2022.

Iklan

Menerusi sidang media berasinga, Sara berkata, beliau akan terus menjadi 'ibu' yang akan mengawasi dan memperjuangkan hak setiap guru dan pelajar di negara itu walaupun tidak lagi memegang jawatan tersebut. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!