Sembilan rumah terbakar, 26 penghuni tinggal di PPS

Iklan
Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman kebakaran sembilan rumah di Kampung Baru, Kampung petang Rabu. Foto: Bomba Perak

TAIPING - Seramai 26 penghuni di Lorong 3, Kampung Baru dekat Kamunting hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran pada Rabu.

Ketua Zon 2, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, panggilan kebakaran diterima pada jam 2.50 petang melibatkan lapan rumah berpenghuni dan sebuah rumah kosong.

Iklan
Iklan

"Kebakaran melibatkan lapan rumah kelas B dengan anggaran kemusnahan 95 peratus dan sebuah rumah kelas A yang hanya terbakar tiga peratus akibat bahang api.

Muhamad Shahrizal berkata, kebakaran itu berjaya dikawal dalam tempoh 30 minit dan operasi memadam kebakaran melibatkan 22 anggota dari BBP Kamunting, Taiping, Batu Kurau dan Bagan Serai.

Iklan

"Anggota bomba turut berdepan kesukaran berikutan tekanan air rendah selain keadaan cuaca angin dan struktur kediaman separuh kayu yang mempercepatkan lagi kebakaran. Operasi kemudian berjaya dipadam sepenuhnya dan tamat pada jam 6.57 petang.

"Punca kejadian serta kerugian ketika masih dalam siasatan. Kesemua mangsa yang tinggal sehelai sepinggang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Jana Sambungan di sini," katanya.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!