Warga emas maut motosikal terbabas

Iklan
Lokasi kejadian warga emas maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas di Jalan Parit Jelutong, Sri Gading pada Rabu. Foto IPD Batu Pahat

BATU PAHAT – Seorang warga emas maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas di Jalan Parit Jelutong, Sri Gading dekat sini pada Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kemalangan dipercayai berlaku sekitar jam 3 petang ketika lelaki berusia 71 tahun itu dalam perjalanan menghala ke Sri Gading.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati mangsa yang beralamat di Kampung Parit Haji Salleh Ros, Mukim 8 Parit Raja menunggang motosikal seorang diri.

"Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan