Peniaga berputih mata wang simpanan lebih RM300,000 lesap

Iklan
Seorang peniaga berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM304,200 lesap setelah menjadi mangsa penipuan pelaburan mata wang kripto secara dalam talian baru-baru ini. Gambar hiasan

KULAI – Seorang peniaga berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM304,200 lesap setelah menjadi mangsa penipuan pelaburan mata wang kripto secara dalam talian baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee berkata, mangsa yang berusia 54 tahun itu telah melayari satu aplikasi di laman Facebook berkaitan pelaburan mata wang kripto.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerana tertarik dengan pelaburan berkenaan, mangsa telah menghubungi suspek melalui telefon dan telah diberikan penerangan mengenai cara melabur selain dijanjikan mendapat keuntungan dalam masa yang singkat.

"Pada Mac 2024 hingga Mei 2024, mangsa telah memasukkan wang berjumlah RM304,200 kepada beberapa akaun bank atas arahan suspek.

Iklan

"Apabila mangsa melihat status pelaburannya di aplikasi yang telah dimuat turun, didapati ia telah mencatatkan keuntungan.

"Mangsa kemudiannya telah membuat keputusan untuk mengeluarkan wang keuntungannya tetapi tidak berjaya dan suspek juga gagal dihubungi,” katanya.

Iklan

Menyedari telah ditipu mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah kesalahan tipu menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!