Agenda nasional desentralisasi
Iklan
BOLEHKAH mana-mana negeri, malah semua negeri mendakwa dirinya sebagai rakan kongsi dan bukan milik Persekutuan? Jawapannya ya, hanya jika ia tidak membawa makna bahawa negeri-negeri itu tidak juga diwakili kerajaan Persekutuan.
Federalisme atau sistem Persekutuan bermaksud kedaulatan rakyat diberikan kepada kedua-dua, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Kerajaan Persekutuan dan semua kerajaan negeri adalah rakan kongsi – mesti bekerjasama.