CALON pilihan menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2024/25, Manchester United akan menyingkap cabaran musim baharu berdepan dengan Fulham di Stadium Old Trafford pada 17 Ogos.
The Red Devils kendalian Erik ten Hag musim lalu melabuh cabaran liga di kedudukan kelapan dengan 60 mata - 18 menang, enam seri, 14 tewas - selepas mengharungi 38 perlawanan.
Jiran tetangga Manchester City asuhan Pep Guardiola pula menyingkap kempen mempertahankan kejuaraan dengan berdepan Chelsea di Stadium Stamford Bridge pada Ahad, 18 Ogos.
Manchester City memenangi kejuaraan keempat berturut-turut selepas mengharungi 38 perlawanan- 28 menang, tujuh seri, tiga tewas- untuk mengumpul 91 mata, sekaligus pasukan lelaki pertama yang melakukannya dalam saingan tertinggi kelab Inggeris.
Naib juara Arsenal asuhan Mikel Arteta - menang 28, seri lima, lima tewas 89 mata pula akan menanti kunjungan Wolverhampton Wanderers di Stadium Emirates pada 17 Ogos.
Pasukan tangga ketiga liga, Liverpool diselia pengendali baharu, Arne Slot akan bertandang ke Stadium Portman Road berdepan kelab yang baru dinaikkan dari Liga Kejuaraan, Ipswich Town.
Aston Villa kendalian Unai Emery yang akan beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara pula akan bertandang ke Stadium London berdepan West Ham United pada 17 Ogos.
LIGA PERDANA INGGERIS 2024/25
SABTU (17 OGOS)
Manchester United lwn Fulham, 3 pagi
Ipswich Town lwn Liverpool, 7.30 malam
Arsenal lwn Wolverhampton, 10 malam
Everton lwn Brighton, 10 malam
Newcastle United lwn Southampton, 10 malam
Nottingham Forest lwn Bournemouth, 10 malam
AHAD (18 OGOS)
West Ham United lwn Aston Villa, 12.30 tengah malam
Brentford lwn Crystal Palace, 9 malam
Chelsea lwn Manchester City, 11.30 malam
SELASA (20 OGOS)
Leicester City lwn Tottenham Hotspur, 3 pagi
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!