Pemuda maut kereta terbabas langgar pokok

Iklan
Proton Wira dipandu mangsa terbabas lalu merempuh pokok. Foto: Ihsan PDRM

GUA MUSANG - [DIKEMAS KINI] Seorang pemuda maut selepas kereta dipandunya terbabas melanggar pokok di Felda Aring 10, di sini, pada Rabu.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 5.50 petang itu mengakibatkan mangsa, Muhammad Izzat Dunya, 20, meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Pegawai Bomba Kanan II, Azman Shamsudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.55 petang dan bergegas ke lokasi untuk kerja-kerja menyelamat.

"Kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipercayai terbabas lalu melanggar sebatang pokok menyebabkannya pemandunya tersepit

Iklan

"Mangsa lelaki itu dikeluarkan dari kenderaan dengan bantuan anggota bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan yang datang ke lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Khamisx

Beliau berkata, operasi melibatkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang bersama satu satu jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan sebuah van Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan.

Iklan

"Sebaik mangsa dapat dikeluarkan, operasi menyelamat tamat pada jam 7.27 malam.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, berdasarkan siasatan polis, mangsa yang bekerja sebagai buruh binaan dalam perjalanan dari rumahnya di Felda Aring 1 menuju ke tempat kerja di Felda Aring 10.

"Mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta menyalurkan ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Gua Musang di talian 09-9121222.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!