Aidiladha: 29 maut, 2,976 kes kemalangan direkodkan

Iklan
Sebanyak 29 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan dalam tempoh dua hari pada Hari Raya Aidiladha di seluruh negara. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 29 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan dalam tempoh dua hari pada Hari Raya Aidiladha di seluruh negara.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nasri Omar berkata, jumlah yang direkodkan pada Isnin dan Selasa lalu itu membabitkan 2,976 kes kemalangan keseluruhan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jumlah kemalangan itu turut melibatkan 3,818 buah kenderaan.

Mohd Nasri

"Pada Isnin (17 Jun), JSPT menerima 1,158 kes kemalangan membabitkan 11 kematian, manakala hari berikutnya terus meningkat dengan 1,818 kes dan 18 kematian.

Iklan

"Statistik merekodkan peningkatan 660 kes dan tujuh kematian dalam tempoh dua hari itu," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, pengguna jalan raya perlu sentiasa bekerjasama, berhemah, berhati-hati dan fokus kepada pemanduan selain mesti bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan semasa berada di dalam pergerakan lalu lintas.

Iklan

"Pengguna jalan raya dinasihat supaya sentiasa mengikut peraturan ditetapkan dan memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi," ujarnya.

Sebelum ini, JSPT memaklumkan akan menyiarkan statistik kes kemalangan jalan raya dan kematian secara harian, bermula 15 Mac.

Penyiaran data statistik kepada umum adalah langkah meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya dan orang ramai mengenai betapa seriusnya kes kemalangan jalan raya yang berlaku pada setiap hari.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!