Nora, Nedim cerai selepas tujuh tahun bersama

Iklan
Nora dan Nedim telah mendapat persetujuan bersama untuk mengakhiri hubungan mereka setelah tujuh tahun berkahwin.

SPEKULASI keretakan rumahtangga pelakon jelita, Nora Danish dan suami, Nedim Nazri akhirnya terjawab apabila pasangan itu membuat keputusan untuk berpisah secara baik menerusi penceraian.

Ketika prosiding yang berlangsung di Mahakamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada malam Rabu, Nedim melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamarudin pada jam 8.34 malam.

Iklan
Iklan

Nora kemudiannya memohon agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian mengenai keputusan mereka untuk berpisah.

"Yang paling penting, tujuan kami hanya mahu bersama-sama membesarkan anak-anak dengan kasih sayang dan positif. Harap sangat pada anda semua mendoakan baik-baik buat kami sekeluarga.

Iklan

"Harap juga tiada teori tentang perpisahan kami, sebab saya amat pentingkan keharmonian kedua-dua keluarga, keluarga saya dan Nedim, terutama anak-anak kami. Nak besarkan mereka dalam keadaan positif,” katanya.

Pada April lalu, pelakon yang popular dengan tagline 'Kita Enjoy' itu tanpa berselindung mengakui, rumahtangganya bersama Nedim yang juga anak kepada Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, sejak tujuh tahun lalu bergolak dan tidak tinggal sebumbung.

Iklan

Sebagai rekod, Nora atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Hanif dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Mohamed Neqayl, 6.

Sebelum itu, pelakon jelita terbabit pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Rizal Ashram Ramli pada 20 Jun 2006 dan berpisah pada Julai 2008.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal, 15.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!