PRK Sungai Bakap: Beberapa jalan ditutup pada hari penamaan calon

Iklan
Jalan yang akan ditutup pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Sabtu ini.

NIBONG TEBAL - Beberapa jalan akan ditutup pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap yang akan berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintenden Chong Boo Khim berkata, jalan yang terlibat akan ditutup sementara bermula 11.59 malam Jumaat hingga 3 petang Sabtu.

Iklan
Iklan

"Bagi melancarkan proses penamaan calon, beberapa jalan iaitu Jalan Serindit, jalan susur Ibu Pejabat Polis Daerah SPS dan jalan susur Jabatan Kerja Raya SPS di kawasan Dewan Serbaguna Jawi akan ditutup.

"Orang ramai dinasihatkan agar merancang perjalanan sebaik mungkin dan mengenal pasti laluan-laluan yang ditutup serta menggunakan laluan alternatif agar tidak terperangkap dalam kesesakan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata, orang ramai yang hadir ke lokasi penamaan calon dinasihatkan agar tidak meletakkan kenderaan di kawasan tidak dibenarkan seperti kawasan perumahan, sehingga boleh menghalang lalu lintas dan menyebabkan kesesakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon, manakala pengundian awal pada 2 Julai. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!