Kebanyakan jemaah haji meninggal dunia guna visa pelancong, lawatan
Iklan
Musim haji tahun ini menyaksikan peningkatan yang ketara dari segi jumlah jemaah yang menunaikan ibadah haji dengan suhu panas sehingga mencecah 50 darjah Celcius di kota Mekah.(Gambar hiasan) Foto Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi
MAKKAH - Beberapa negara mengesahkan bahawa kebanyakan jemaah haji mereka yang meninggal dunia semasa musim haji tahun ini adalah individu yang memasuki Arab Saudi menggunakan visa pelancong atau lawatan beberapa bulan sebelum ibadah haji bermula.
Menurut laporan The Jordan Times yang memetik Kementerian Luar Negeri dan Hal Ehwal Ekspatriat Jordan, tiada seorang pun daripada 41 warga Jordan yang meninggal dunia semasa musim haji tahun ini dan diberikan permit pengebumian untuk dikebumikan di Makkah adalah sebahagian daripada delegasi rasmi Haji Jordan.